
Rabu, 27 Jun 2012
Pocong.
Gambar ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.

Pontianak.
Imej ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan diambil oleh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka, menggunakan kamera berfilem. Lembaga ini muncul di bahagian tepi, sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka.

Balai polis lama Gombak
Gambar ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan gambar ini.

Tiga ekor hantu tertangkap kamera.
Gambar ini menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang pokok.

Batu nisan.
Gambar asal dipaparkan di ondscene.my, perhatikan jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini dikatakan diambil di tempat seram terkenal, Highland Towers.

Jelmaan perempuan
Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, telihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.

Nenek tua.
Makhluk berupa nenek ini tertangkap di kamera dan disedari pemilik kamera disaat anak2 ini lagi sedang ketawa. Difahamkan bayangan nenek tua itu menghilang apabila disedari..

Sekelibat cahaya di tapak perkuburan.
Bayangan jalur yang beterbangan dikawasan tapak perkuburan.. Lokasi di tanah jawa, Indonesia.

Isu pontianak di menara condong.
Yang Dipertua (YDP) MPTI, Ibrahim Ahmad berkata, pihaknya percaya imej entiti tersebut yang sekarang ini berleluasa disebarkan di laman rangkaian sosial, Facebook dan blog tidak sahih dan sengaja disensasikan.
Beliau juga kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab mereka cerita cuba mengaitkan imej puntianak itu dengan kisah seorang wanita yang kononnya membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas Menara Condong Teluk Intan beberapa tahun lalu.
“Wanita yang dikatakan mati membunuh diri itu hanya cerita sensasi yang sengaja direka-reka untuk mengelirukan orang ramai.
“Saya kesal kerana penyebaran foto yang diragui keasliannya itu kerana ia boleh memberi imej negatif kepada Menara Condong Teluk Intan yang merupakan antara ikon pelancongan terkemuka Perak,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Sehubungan itu, Ibrahim berharap masyarakat umum dapat membuat penilaian dengan baik berhubung penyebaran imej puntianak terbabit dan tidak mudah terpengaruh dengan cerita-cerita mengarut itu.
Hantu perempuan di hutan.
Apakah makhluk yang berada ditempat ini?? jika di amati seakan perempuan..adakah ianya hantu di siang hari?? foto ini diabadikan oleh seorang lelaki yang sedang menyusuri jalan pulang setelah seharian berburu. lokasi dipercayai di Kalimantan, Indonesia.

Pocong.
Gambar ini menurut sumberdiambil untuk diabadikan bersama teman2 di akhir percutian. Dengan tidak semena2 selepas selesai bergambar kamera tersebut terpadam tiba2. Keesokan harinya setelah dicuci gambar tersebut masing2 terperanjat kerana tidak menyedari ada sekujur tubuh pocong berhampiran mereka.

Usaha menghalau jin.
Gambar ini telah diambil sewaktu upacara menghalau makhluk yang sering mengganggu para jemaah di majid. Lokasi ini diambil di suatu daerah bertempat di Indonesia.

Hantu kanak2 di perkuburan.
Kejadian gambar hantu kanak-kanak yang telah dirakam di perkuburan St. Mark di selatan Sydney, Australia telah menggemparkan penduduk. Gambar tersebut telah diambil oleh Renee English dan dia yakin tiada kanak-kanak yang melintasi tanah perkuburan tersebut.

Menurut legenda tempatan, dua kanak-kanak itu ialah David Shaw dan Blanche Moon. Mereka meninggal dunia pada 1886 selepas tergelincir dan ditimpa timbunan kayu.
Menurut English, dia yakin semasa sedang merakamkan gambar di tanah perkuburan itu, tidak ada orang yang berada di kawasan tersebut. Gambar itu kini menjadi perbincangan hangat di beberapa laman blog mengenai hantu di Internet.
Fenomena kejadian makhluk ghaib.
Fenomena sebelum kemunculan makhluk ghaib bermula dari bentuk orbs...kemudian akan membentuk sepeti jalur2 cahaya...setelah energinya cukup, maka akan terbentuk lah makhluk tersebut..
mbar parano

Bayangan pontianak di Temerloh, Pahang.

Beliau menyertakan teks ini:
Assalamualaikum...Sy Idan berasal dr Mentakab, Pahang nak kongsi satu gambar aneh ditangkap secara tak sengaja kat satu taman rekreasi di Temerloh. Gambar ni diambik oleh member sy yg g dating kat taman ni dlm pkl 10 lbh pd bln Jun br2 ni.Kalau skali imbas, memang xnmpk apa2 pn dlm gambar ni. Tp cuba zoom dkt2 kt pinggang sebelah kanan lelaki ini. Apa yg anda lihat?Taman ni pn br je dibina dan sblm ni adalah kawasan hutan. Jalan ke taman ni mmg popular utk mat rempit menjalankan aktiviti sukan permotoran haram. Dan ada cerita dari penduduk di sekitar ini mengatakan selalu terjadinya kemalangan ngeri akibat ketidaktereran mat rempit ni beraksi. So, gambar ni jgk dikaitkan dgn kemalangan yg selalu berlaku. Tp sejauh mana kebenarannya..i don no..Pengawal keselamatan taman ni sendiri ada pengalaman pondok pengawalnya yg selalu digegar mcm nk roboh bila malam tiba. Sekarang taman ni dh tak dibenarkan masuk utk umum lps pkl 8 mlm sejak gambar ni tersebar.Harap dapat dikongsi bersama...
Gambar kali ini kelihatan sungguh real (klik untuk dibesarkan). Juga sangat menyeramkan. Gambar diambil menggunakan kamerafon Nokia. Cakap banyak tak guna, korang tengok sendiri.
.jpg)
Kehadiran pontianak tanpa disedari.
.jpg)
bayangkan betapa horrornya perasaan bila tengok balik gambar ni.. mahu datang kesini lagi?? lokasi tidak diketahui.
Pontianak di i-city, Shah Alam, Selangor.

Gambar hantu ini di kirimkan melalui Facebook tidak lama dulu. Gaya macam kat Shah Alam. Takde pulak info disertakan sersama gambar ini. Tak dapat dipastikan adakah amoi sama sibuk nak posing ke ataupun benar-benar penampakan hantu.
Jesteru komentar dan pandapat anda sangat dialu-alukan.

Gambar misteri hantu perempuan bertudung

gmbr yg saya hntr ni, berlaku di salah satu IPTA di negara ini (maaf, saya xdpt sebut)..kami mengajar di IPTA tersebut.Gambar ini dikirimkan oleh F (Nama sebenar tidak mahu disiarkan). Berikut adalah teks yang disertakan bersama-sama gambar ini:
Pada mlm tu, kami menganjurkan program Debate in English, and a friend of mine tgh dukung anak kepada kwn. Mase tgh tangkap gmbr tu, xde sape2 kat kawasan tu sbb semua students berada didalam class. We only noticed ada benda dibelakang kwn saya lepas gmbr ni diupload di facebook (maaf, terpaksa tutup muka kwn and anak kwn). Yang peliknyer, kami berada di tingkat 3. yg saya perasa
n, benda tu berada diluar tingkap, dan tiada siapa boleh keluar dr tingkap tu.Walaupun ada pintu,-utk technician keluar baiki aircond tetapi pintu tu mmg berkunci. kalau ada students luar dr tingkap tu, kami akan marah mereka tetapi, sbb xada sesiapa pun diluar tu. saya sebagai tenaga pengajar di IPTA tersebut xpernah melalui nya lg, tetapi selepas melihat gmbr ni.saya sendiri terkedu. wallahualam.
Penampakan objek atau makhluk di dalam gambar sememangnya satu fenomena yang tidak dapat diduga. Cuba cek balik koleksi gambar-gambar dalam simpanan anda. Manalah tahu ada penampakan seperti ini. Jangan lupa kongsikan lagi..
Hantu berlidah hijau.
.jpg)
Gambar Hantu mulut hijau ni dikirimkan oleh Afiq. Lokasi adalah sebuah sekolah di Melaka. Menurut pengirim:gambar ni amik sekitar tahun 2008 masa wa skolah asrama dekat melaka.ni gambar barbeque lepas amali sembelih ayam (petang) sebelum barbeque(malam). lu perati ada lembaga belakang ustaz wa yang pakai baju celcom tu. setahu wa memang tak ada member wa muka cenggitu. dekat mulut lembaga tu ada warna hijau. nampak gaye macam budak kecik.

Rupa gambar hantu ni memang macam budak kecik. Kalau nak kata budak tu dukung belakang brader tu pun tak logik jugak. Ini memang kes hantu menumpang dalam gambar. Klik untuk dibesarkan dan terserah kepada anda untuk menilainya.
Hantu 90an di UluYam, Selangor.

Gambar ini adalah antara gambar hantu yang terawal dan terpopular di Malaysia.
Gambar ini pernah mengemparkan negara sekitar 90an dulu.
Dikatakan gambar ini diambil di Ulu Yam. Bayi itu menangis tak henti-henti ketika melewati jalan tersebut. Untuk menenangkan bayi, seorang penumpang mengambil gambar bayi tersebut. Selepas dicuci maka ternampaklah penampakan makhluk misteri di dalam gambar. Maka terjawaplah persoalan mengapa bayi tu menangis tak henti-henti.
Bayangan pontianak di Klang.

Dirakam secara tak sengaja tatkala beberapa pekerja asing warga vietnam/nepal/myanmar yang sedang bekerja pada syif malam di kilang Kayaba (kilang membuat absorber motor) yang bertempat di kawasan Klang.. Namun atas dasar keselamatan lokasi ini dirahsiakan sumber dari pemilik foto..
Hantu menumpang foto.

ni gambar yg tlah diambil kat Kilang VS20 ni dekat store.... pada ketika itu mereka hanya bergambar 2orang.. dan apabila ditunjukkan sama temannya..temannya berkata..."siapa yg kat tengah tu?"... mereka terpinga2 dan setelah diamati ade kepala hantu ditengah2..berwajah seperti anjing...beberpa hari selepas itu handphone orang yg ambik gambar ni..handponenya rosak..nasib baik boleh tukar simcard ke hp lain.. tu la dapat gambar ni... dan start drpd hari tu plak hp dah mula biol...kebetulan je kot....
Kalau diteliti tiada penjelasan macamana penampakan itu boleh berada di belakang sedangkan bayang-bayang kaki tidak kelihatan. Mungkin juga pekerja-pekerja di situ bergurau untuk menakut-nakutkan orang lain. Memang ada rupa macam anjing..
Mayat Berjalan Pulang
Mayat yang mati di tengah-tengah hutan akan berjalan sendiri ke rumahnya. Ini adalah sejenis amalan di Kg. Trodja (Indonesia). Kawasan di sekitar kampung dikatakan berbukit-bukau. Maka jika ada kematian, mayat akan berjalan sendiri pulang ke rumahnya tidak akan menyusahkan orang untuk mencarinya.
Cuma mungkin horror la sikit kalau saudara kita keluar minggu lepas, tiba-tiba yang balik tu mayat. Ilmu ini belum dapat disahkan kesahihannya dan kita hanya ada petunjuk gambar ini sahaja yang dikirimkan oleh seorang pembaca.
Kalau kita lihat dengan teliti kat belakang tu ada semacam tempat persembahan. Ini mungkin menunjukkan bahawa masyarakat di sekitar kawasan ini tidak mengamalkan agama Islam. Saya enggan mengulas dengan lebih lanjut lagi, dan kita serahkan spekulasi seterusnya kepada pembaca.
Penanggal @ Balan-balan.
Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.
Manananggal dikatakan takutkan bawang putih dan garam. Makhluk ini juga dikatakan mengelakkan diri dari pisau belati, cahaya, cuka, rempah-ratus dan ekor ikan pari-pari yang dibuat sebagai cemeti. Makhluk yang sama juga dikatakan boleh ditemui di Indonesia. Berbeza dengan hantu Penanggalan di Malaysia, versi Filipina adalah wanita yang lebih tua tetapi cantik dan mampu menanggalkan badan bukan hanya kepala sahaja.
Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.
Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain.
Hantu Penanggal dikenali Manananggal atau wakwak dalam masyarakat Filipina. Hantu ini menyerupai pontianak dalam budaya masyarakat barat. Ia makhluk makan manusia dan ahli sihir yang jahat. Mitos Manananggal popular di wilayah Visayas di Filipina, terutama di provinsi barat Capiz, Iloilo dan Antique
Manananggal dikatakan takutkan bawang putih dan garam. Makhluk ini juga dikatakan mengelakkan diri dari pisau belati, cahaya, cuka, rempah-ratus dan ekor ikan pari-pari yang dibuat sebagai cemeti. Makhluk yang sama juga dikatakan boleh ditemui di Indonesia. Berbeza dengan hantu Penanggalan di Malaysia, versi Filipina adalah wanita yang lebih tua tetapi cantik dan mampu menanggalkan badan bukan hanya kepala sahaja.

Amati bersama.


dirakamkan di hospital ketika pesakit sedang nazak

dirakamkan di lokasi kemalangan maut



dirakamkan semasa kebakaran

dirakamkan pada waktu malam


Hantu Jenglot yang dikaji oleh Seekers Malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)